Wednesday, March 2, 2011

MasyaAllah! Oh manusia?

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini..
merenung jauh mereka di sana, hidup penuh keseronokan dan kegembiraan
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagian yang sebenar-benarnya..

ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup,
selalu orang mengaitkan itu dengan faktor harta, dengan kekayaan,
walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya..
betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar,
tidur di atas katil yang empuk,
tetapi dia tidak enak atau lenanya tidak nyenyak..
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk,
kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita...
ada orang yg berada di hadapannya hidangan yg hebat lauk pauk yg bagus,
tetapi lidahnya tidak enak, lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua sudu lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

kata Hamka,
lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu!

~Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah S.W.T.~

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,
dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun,
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa,
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah,
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..
apa yang orang rasa rugi..
Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka,
tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan..

~Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah~

tengoklah dunia ini
kadang-kadang..
manusia hilang suatu benda ini daripada dunia,
kadang-kadang macam hilang segala-galanya,
berapa banyak dalam hidup korang melalui keperitan hidup?
cuba ingat!
ketika kita keperitan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik..
ketika kita ditimpa musibah tertentu,
kita kata, "habislah aku kali ni?"
tapi usia kita telah berjalan
kita masih lagi hidup, makan dan menikmati kurniaan tuhan ini..
ketika kita kata "ya Allah tolonglah aku" ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu..
dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur..
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"nun org ramai sedang berkumpul unutk ambil tindakan kepada kau"
"nun org nak ambil tindakan kepada hang"
"nun ada org nk ambil tindakan kepada kau"
"nun ada org nak bertindak kedapa kau"
kata Allah iman dia tambah
bukankah kita kata, "pasal apalah Allah benci aku? apalah dosa aku?
tidak! tidak!
kata Al Quran iman mereka bertambah
mereka kata, "cukuplah bagi kami ya Allah"
Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan (Al- Imran :3:173)

~Pengalaman sering mematangkan kita~

siapa yang tidak melaluinya, tidak akan memahami maksudnya
orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal
bila hati insan bulat kepada ya Rabb
"ya Alalh aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah"

~Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat~

apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang di riwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat manusia yang paling derita dalam dunia ini
saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini...
Allah ambil dia Allah masukkan dia ke dalam syurga
dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan dan di tanya
"wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
dia kata, "tak! aku tak pernah derita dalam hidup"
hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia
segala yang nikmat allah masukkan di secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
lalu dia ditanya
"pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
dia kata "tak!, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini
hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

~Masihkah kita teringat akan nikmat yang allah berikan selama ini?~

kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini
suatu nikmat yang besar

satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
tapi apabila satu hari dia sakit kaki
dia kata, "ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat

kata Hamka,
"yang ada ini sudah harapan kita"
yang kita ada ini harapan kita
tapi insan..
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada!

~Bersyukurlah wahai diri ini~

sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
syukur kadang-kala tinggi makamnya daripada sabar
ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
bila dia susah, nak kata apa?
"sabar je la, nak buat apa"
tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti korang
syukur di atas nikmatnya
ya Allah  apa sahaja yang aku alami
daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hambaMu
"tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran"

Subhanallah...

insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya...
"jika kamu hendak menghitung nikmat Allah kamu tidak mampu" (Ibrahim:14:34)
bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa MasyaAllah hidup ini..
apa yang Allah kurnia kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya
kalau diingatkan daripada hari kita dilahirkan
tempat dilahirkan
rumah kita dilahirkan
sehingga tempat korang ada pada hari ini
MasyaAllah....
tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

Pesan Nabi buat umatnya

ketika org-orang yang kafir mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
ketika mereka berapa di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
ketika dia berkata kepada sahabatnya
"Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita!"(At-Taubah:9:40)





antara sumber ust. Asri

MasyaALLAH, tengok video ni pun dah rasa tenang, baru minit ke 2:25.
Ya ALLAH, kurniakanlah ketenangan kepada kami!

No comments:

Post a Comment